Pada 2hb Jun 2012 yang lalu, satu musibah telah menimpa seorang jemaah/qariah Surau. Rumah beliau telah terlibat dalam kebakaran yang telah menjamah hampir 60% rumah tersebut. AJK Surau Al-Asmah melalui Biro Kebajikan telah menyumbang sedikit bantuan bagi membantu mangsa yang menimpa kemalangan tersebut. Semoga bantuan yang sedikit ini mendapat keredhaan dari Allah dan diharapkan agar semangat keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Surau diserap dalam kehidupan berjiran para jemaah sekelian.
 |
Pengerusi
Kebajikan dan Pengerusi Surau Al-Asmah sedang memberi sumbangan kepada
salah seorang Jemaah Kariah Tmn. Seri Jelok yang menerima musibah hampir
60 paratus Rumahnya Terbakar, pada 2/6/2012
|
Tidak ketinggalan untuk amal jariah ini adalah para Perwakilan Remaja Surau di bawah Biro Remaja. Sumbangan adalah dari hasil kutipan dari ahli Perwakilan sendri iaitu terdiri dari para remaja surau. Tahniah penulis ucapkan kepada semua ahli remaja atas usaha yang baik ini. Moga Allah memberi keberkatan atas usaha yang ikhlas.
 |
Ketua Biro Remaja Surau Al-Asmah diringi oleh Setiausaha Surau menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran. |
Penulis mendoakan agar silaturahim para jemaah dan ahli qariah Surau Al-Asmah terus erat dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.