Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Thursday, September 30, 2010

Majlis Korban & Akikah 2010/1431H

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Asmah akan mengadakan majlis Korban & Akikah pada tahun ini seperti maklumat berikut :
Bertarikh   :  17 November 2010 ( Rabu )
Bertempat :   Perkarangan Surau Al-Asmah
             Taman Sri Jelok, Kajang.
Sehubungan dengan itu kami mempelawa kepada semua jemaah di kariah
Surau Al-Asmah untuk menyertai program ini. Tuan / Puan yang berhajat
untuk mengadakan Korban & Akikah pada tahun ini, bolehlah mendapatkan
 borang penyertaan dari AJK Surau. Satu Bahagian RM350.00
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 012-6716728 / 019-3690442
Tarikh tutup penyertaan 10 November 2010

Tuesday, September 21, 2010

SELAMAT MENEMPUH UJIAN PMR 2010

Seluruh AJK dan Jemaah serta ahli qariah Surau Al-Asmah Taman Seri Jelok mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam perjuangan kepada semua anak-anak qariah yang menjalani ujian PMR 2010.
Setelah sekian lama membuat persediaan, maka minggu ini dan minggu hadapan merupakan ujian bagi persiapan yang anak-anak lakukan.
Semoga persediaan yang dibuat akan dibalas oleh Allah dengan kejayaan di dunia dan akhirat.
Doa kami panjangkan agar anak-anak semua memperoleh kejayaan. AMIN!!!

Wednesday, September 15, 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1431 HIJRAH


InsyaAllah, AJK Surau Al-Asmah Taman Sri Jelok akan menganjurkan Majlis Sambutan Raya pada tahun ini seperti berikut

Tarikh : Ahad 17 Syahwal 1431 bersamaan 26 September 2010.
Jam : 10:00 pagi hingga 4:00 petang
Lokasi : Perkarangan Surau

Sehubungan dengan itu, seluruh penduduk Taman Sri Jelok juga taman-taman persekitaran dijemput hadir bagi meraikan majlis yang diadakan nanti.

Untuk makluman bersaman, juadah jamuan yang disediakan adalah atas usaha AJK surau dan sumbangan dari penduduk setempat. Sekira tuan / puan berhajat untuk menyumbang, boleh menghubungi mana-mana AJK surau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AJK surau dengan kerjasama Pusat Darah Negara menganjurkan Kempen Derma Darah serentak dengan majlis hari raya itu nanti. Pihak surau mengalu-alukan kehadiran tuan / puan bagi menjayakan kempen tersebut.

Sekali lagi, AJK Surau Al-Asmah menjemput seluruh penduduk Taman Sri Jelok dan taman-taman persekitaran ke Majlis Jamuan Raya dan Kempen Derma Darah bagi 1431H bersama 2010 Masehi.
Sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan yang lain.

MAJLIS KHATAM QURAN 1431H

Alhamdulillah, seperti yang telah di rancangkan, Surau Al-Asmah sekali lagi berjaya menganjurkan majlis Khatam Quran bagi tahun 1431H. Majlis tersebut telah diadakan pada 26hb Ramadhan yang lalu. Seramai 34 orang anak-anak telah mengambil bahagian. Alhamdulillah, sambutan dari jemaah amat menggalakkan. AJK Surau dan AJK penganjur mengucapakan jazakaallah kepada semua.

Sebahagian dari anak-anak yang mengambil bahagian.


Antara kaum ibu yang setia mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh anak-anak.


Anak-anak puteri juga turut mengambil bahagian dalam majlis khatam tahun ini.


Hj Najib (Bilal), mengetuai majlis khatam bagi tahun 1431H. Kelihatan juga Pengerusi Surau, Tn. Hj Azman dan Imam (Tn Hj Syed Mohamad).

Penglibatan anak-anak kecil memang dialu-alukan bagi membina generasi pelapis.
Semoga segala usaha bagi memertabatkan Al-Quran mendapat keberkatan dari Allah.
Sekali lagi AJK Surau dan AJK Penganjur majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama mereka yang telah menyumbang wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan majlis tersebut.

Saturday, September 4, 2010

MAJLIS KHATAM QURAN
InsyaAllah, Surau Al Asmah Taman Sri Jelok akan mengadakan majlis Khatam Quran sempena Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah. Agenda majlis adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 26 Ramadhan 1431 (5hb Sept 2010) Ahad
  • Masa   : Selepas solat Tarawikh (8 rakaat)
  • Lokasi : Dewan Sembahyang, Surau Al-Asmah

Pada malam tersebut solat sunat Tarawikh akan dijalankan sebanyak 8 rakaat bagi memberi ruang kepada majlis Khatam Quran.Seluruh qariah surau dijemput hadir bagi meraikan bersama majlis tersebut.