Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Thursday, June 14, 2012

SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN

Pada 2hb Jun 2012 yang lalu, satu musibah telah menimpa seorang jemaah/qariah Surau. Rumah beliau telah terlibat dalam kebakaran yang telah menjamah hampir 60% rumah tersebut. AJK Surau Al-Asmah melalui Biro Kebajikan telah menyumbang sedikit bantuan bagi membantu mangsa yang menimpa kemalangan tersebut. Semoga bantuan yang sedikit ini mendapat keredhaan dari Allah dan diharapkan agar semangat keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Surau diserap dalam kehidupan berjiran para jemaah sekelian.

Pengerusi Kebajikan dan Pengerusi Surau Al-Asmah sedang memberi sumbangan kepada salah seorang Jemaah Kariah Tmn. Seri Jelok yang menerima musibah hampir 60 paratus Rumahnya Terbakar, pada 2/6/2012
Tidak ketinggalan untuk amal jariah ini adalah para Perwakilan Remaja Surau di bawah Biro Remaja. Sumbangan adalah dari hasil kutipan dari ahli Perwakilan sendri iaitu terdiri dari para remaja surau. Tahniah penulis ucapkan kepada semua ahli remaja atas usaha yang baik ini. Moga Allah memberi keberkatan atas usaha yang ikhlas.
Ketua Biro Remaja Surau Al-Asmah diringi oleh Setiausaha Surau menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
Penulis mendoakan agar silaturahim para jemaah dan ahli qariah Surau Al-Asmah terus erat dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.

Wednesday, June 6, 2012

MAJLIS ISRAK & MIKRAJ 1433H/2012M

MAJLIS ISRAK & MIKRAJ 1433H/2012M
Seluruh penduduk qariah Surau Al Asmah Sri Jelok dijemput ke majlis sambutan Israk & Mikraj seperti berikut :

Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Dewan Solat Surau Al-Asmah Sri Jelok

InsyaAllah majlis akan diserikan lagi dengan ceramah khas oleh Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Rasyiq Hj Mohd Alwi dengan tajuk Israk & Mikraj Dalam Perspektif Ahli Sunnah.

SEMUA DIJEMPUT & Sebarkan....