Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Monday, February 14, 2011

PENTINGNYA WASIAT BERTULIS

Assalamualaikum,
Tanggal 12hb Feb yang lepas, Surau Al-Asmah telah menganjurkan satu taklimat mengenai pentingnya kita sebagai umat Islam menulis wasiat. Penceramah yang diundang adalah Hj Mohd Safri Mahat, Ketua Pengarah Eksekutif Warisanmukmin Sdn Bhd, agen korporat yang dilantik oleh Amanah Raya.
Antara perkara penting dalam taklimat beliau adalah :

Instrumen Pembahagian Harta adalah :
  1. Faraid
  2. Wasiat (Wasi, Waisoyyah, Wasiyyah)
Menguruskan harta pusaka orang Islam yang telah meninggal dunia wajib mengikut langkah - langkah berikut :
  1. Perbelanjaan urusan jenazah
  2. Menyelesaikan hutang si mati (hutang agama (puasa, haji, nazar etc) dan hutang manusia)
  3. Pembahagian harga sepencarian
  4. Menunaikan wasiat (wasiyyah) dimana terdapat 2 prinsip utama dalam menunaikan wasiat tersebut.  i. wasiat tersebut kepada bukan waris. ii. Terhad maksima 1/3 dari harta pusaka bersih
  5. Membahagikan harta mengikut faraid.
Wasiat terdiri dari 3 komponen penting :
  1. Wasi - Pemegang amanah / Pentadbir
  2. Wisoyyah - harta / pesanan yang hendak diamanahkan
  3. Wasiyyah - Pemberian harta
Itu la serba sedikit maklumat yang dapat dicatatkan sewaktu taklimat tersebut. Moga ianya dapat membantu kita semua. Untuk maklumat lanjut boleh la berhubung dengan Hj Mustafa Kamal bin Othman (016-3024562).

Tabung Khairat Kematian Surau AL-Asmah berhajat untuk menggalakkan semua ahli membuat wasiat bertulis dengan Amanah Raya. Satu perjumpaan ahli akan diadakan secepat mungkin bagi membincangkan perkara tersebut.
Surau Al-Asmah Taman Seri Jelok, Kajang Akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011

Pada : 05 Mac 2011 ( Sabtu )
Ceramah Jemputan : Adik Umar Al-Faruq
berasal dari Ma'had Tahfiz Darul Huffazh,
Pesawaran, Lampung Indonesia.

Kami AJK Surau menjemput YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan ke Majlis yang kami adakan.