Tanggal 12hb Feb yang lepas, Surau Al-Asmah telah menganjurkan satu taklimat mengenai pentingnya kita sebagai umat Islam menulis wasiat. Penceramah yang diundang adalah Hj Mohd Safri Mahat, Ketua Pengarah Eksekutif Warisanmukmin Sdn Bhd, agen korporat yang dilantik oleh Amanah Raya.
Antara perkara penting dalam taklimat beliau adalah :
Instrumen Pembahagian Harta adalah :
- Faraid
- Wasiat (Wasi, Waisoyyah, Wasiyyah)
- Perbelanjaan urusan jenazah
- Menyelesaikan hutang si mati (hutang agama (puasa, haji, nazar etc) dan hutang manusia)
- Pembahagian harga sepencarian
- Menunaikan wasiat (wasiyyah) dimana terdapat 2 prinsip utama dalam menunaikan wasiat tersebut. i. wasiat tersebut kepada bukan waris. ii. Terhad maksima 1/3 dari harta pusaka bersih
- Membahagikan harta mengikut faraid.
- Wasi - Pemegang amanah / Pentadbir
- Wisoyyah - harta / pesanan yang hendak diamanahkan
- Wasiyyah - Pemberian harta
Tabung Khairat Kematian Surau AL-Asmah berhajat untuk menggalakkan semua ahli membuat wasiat bertulis dengan Amanah Raya. Satu perjumpaan ahli akan diadakan secepat mungkin bagi membincangkan perkara tersebut.
Majlis Israk & Mikraj 1433H/2012
ReplyDeleteDengan skacitanya kami AJK Surau Al-Asmah,
Menjemput YBhg.Datuk/Datin/Tuan/Puan/ Kemajlis yang kami adakan seperti Maklumat berikut :
Tarikh : 17 Jun 2012
Perceramah : Ust.Hj.Mohd Rasyiq bin Hj. Mohd Alwi
Tajuk : Israk & Mikraj dalam Perspektif Ahli Sunnah,
Masa : Selepas Maghrib,
Tempat : Dewan Solat Surau Al-Asmah,
Semua Jemaah di Jemput Hadir.