Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Thursday, April 28, 2011

SOLAT JAMAK

Dalam kelebatan curahan hujan malam tadi, siri kuliah maghrib di Surau Al-Asmah tetap dapat dijalankan dengan kehadiran jemaah tegar Surau Al-Asmah. Alhamdulillah penulis juga berkesempatan hadir bersama-sama mereka yang bergelar jemaah tegar. Sudi kiranya penulis berkongsi serba sedikit pengetahuan yang dapat penulis terapkan sepanjang kuliah tersebut. Sekiranya ada kekurangan, penulis terlebih dahulu memohon maaf dari pembaca dan memohon keampunan dari Allah yang Esa. Antara perkara yang di perjelaskan oleh Ustaz muda, Syed Sharizan ialah mengenai Solat Jamak.
Ini adalah satu kemudahan pemberian Allah kepada hambaNya. Namun begitu, ramai umat Islam telah melupakan perkara ini dengan alasan, zaman moden kini banyak tempat ibadah disediakan. Lagi pun kenderaan moden membolehkan kita sampai ke destinasi sebelum waktu solat habis.
Perkara ini bukan alasan yang kukuh untuk kita meninggal sunnah Rasulullah. Pada zaman Rasulullah sendiri, lebih banyak tempat untuk melakukan solat, dimana Rasullah pernah solat di atas batu, di atas pasir, malah pernah juga diriwayatkan Rasululah pernah bersolat di atas unta tunggangan Baginda. Maka hendakkan dikira tempat solat yang banyak sebagai alasan, maka Rasulullah juga boleh meninggalkan solat jamak. Namun Baginda tetap melakukan solat jamak ketika musafir kerana itu adalah pemberian Allah. Jadi mengapa kita yang daif ini menolak untuk melakukan solat jamak?
Solat jamak ini adalah kemudahan pemberian Allah malah ianya adalah perkara sunnah Rasulullah dimana jika kita lakukan, insyaAllah mendapat pahala dari Allah.

InsyaAllah, bersama-sama kita mendalami ilmu mengenai solat jamak ini untuk kita praktikan sunnah Rasullulah. Jangan kerana kita kurang faham maka kita berikan alasan tempat ibadat yang banyak atau sebagainya.

Sunday, April 17, 2011

PERJUMPAAN AHLI TABUNG KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-ASMAH

Alhamdulillah, pada 16hb April 2011 yang lalu jam 10:05 pagi, telah berlansung perjumpaan ahli TKK seperti di dalam surat edaran kepada ahli. Pandangan dan cadangan dari ahli telah diluahkan dlam perjumpaan tersebut. AJK TKK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang hadir dan sumbangan pandangan dari ahli. Antara perkara yang diberi pandangan oleh ahli ialah memperbaiki laporan kewangan.
Berikut adalah senarai AJK TKK yang dipersetujui oleh ahli yang hadir :

Pengerusi : Abd Rahman Ibrahim
Setiausaha : Abd Nasir A Hamid
Bendahari : Hj Abd Rahman Hashim
AJK : Hj Mohd Najib Zainal Abidin
        : Hj Baharom ANjand Saad
        : Hj Raja Muhaiyatdin
        : Hj Rosly Johari
        : Hjh Wan Kamsiah
        : En. Mahadi Ithnin
Pemeriksa Kira - kira : Hj Ismail

Sekali lagi AJK TKK mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli hadir perjumpaan kali ini dan mengambil kesempatan untuk mengemaskini keahlian.
InsyaAllah bersama kita menjalankan tanggungjawap untuk Tabung Khairat Kematian Surau Al-Asmah.