Dalam kelebatan curahan hujan malam tadi, siri kuliah maghrib di Surau Al-Asmah tetap dapat dijalankan dengan kehadiran jemaah tegar Surau Al-Asmah. Alhamdulillah penulis juga berkesempatan hadir bersama-sama mereka yang bergelar jemaah tegar. Sudi kiranya penulis berkongsi serba sedikit pengetahuan yang dapat penulis terapkan sepanjang kuliah tersebut. Sekiranya ada kekurangan, penulis terlebih dahulu memohon maaf dari pembaca dan memohon keampunan dari Allah yang Esa. Antara perkara yang di perjelaskan oleh Ustaz muda, Syed Sharizan ialah mengenai Solat Jamak.
Ini adalah satu kemudahan pemberian Allah kepada hambaNya. Namun begitu, ramai umat Islam telah melupakan perkara ini dengan alasan, zaman moden kini banyak tempat ibadah disediakan. Lagi pun kenderaan moden membolehkan kita sampai ke destinasi sebelum waktu solat habis.
Perkara ini bukan alasan yang kukuh untuk kita meninggal sunnah Rasulullah. Pada zaman Rasulullah sendiri, lebih banyak tempat untuk melakukan solat, dimana Rasullah pernah solat di atas batu, di atas pasir, malah pernah juga diriwayatkan Rasululah pernah bersolat di atas unta tunggangan Baginda. Maka hendakkan dikira tempat solat yang banyak sebagai alasan, maka Rasulullah juga boleh meninggalkan solat jamak. Namun Baginda tetap melakukan solat jamak ketika musafir kerana itu adalah pemberian Allah. Jadi mengapa kita yang daif ini menolak untuk melakukan solat jamak?
Solat jamak ini adalah kemudahan pemberian Allah malah ianya adalah perkara sunnah Rasulullah dimana jika kita lakukan, insyaAllah mendapat pahala dari Allah.
InsyaAllah, bersama-sama kita mendalami ilmu mengenai solat jamak ini untuk kita praktikan sunnah Rasullulah. Jangan kerana kita kurang faham maka kita berikan alasan tempat ibadat yang banyak atau sebagainya.
No comments:
Post a Comment