Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Sunday, April 22, 2012

Bumbung Baru

Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Allah kerana selesai lah sudah kerja-kerja baik pulih bumbung surau Al-Asmah Taman Seri Jelok. Difahamkan bahawa kos keseluruhan baik pulih bumbung ditanggung oleh pihak Zakat Selangor. Jazakallah.
Atas kesempatan yang ada, pihak tadbir surau Al-Asmah juga mengambil kesempatan untuk menukar karpet baru atas sumbangan individu. Sekali lagi pihak tadbir surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang memberi sumbangan.
Difahamkan sekarang ini kerja-kerja mengecat bahagian luaran surau sedang rancak dijalankan. Sekali lagi pihak tadbir mengucapakan jazakallah kepada semua yang memberi sumbangan.
Harapan penulis agar jemaah mengambil kesempatan yang sebaiknya dengan rezeki yang di terima oleh Surau Al-Asmah.

No comments:

Post a Comment