Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Thursday, September 27, 2012

MAJLIS IBADAH KORBAN & AKIKAH 1433H/2012
Dengan sukacitanya kami Ahli Jawatankuasa Kerja Surau Al-Asmah Taman Seri Jelok,
Menjemput YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis yang kami adakan
seperti maklumat berikut :
 

                                          TARIKH        ~     26 OKTOBER 2012 ( JUMAAT )

                                          MASA             ~     08.15 PAGI SOLAT AIDILADHA

                                          TARIKH        ~     27 OKTOBER 2012 ( SABTU )

                                          MASA             ~     08.00 PAGI PENYEMBELIHAN LEMBU KORBAN

                                                                   ~     01.00 TGH. SOLAT ZUHUR

                                                                   ~     MAKAN TENGAH HARI

                                                                   ~     PENGAMBILAN DAGING ( Pastikan Kupon di Bawa )

                                                                   ~     JAMUAN SUP TULANG     ( Selepas Isyak )

                                          TEMPAT        ~     SURAU AL-ASMAH, TAMAN SERI JELOK.

Semoga dengan kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dan Keluarga
Ke Majlis di atas dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama Kita. Insya-Allah
 
YBhg. Tuan / Puan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam korban / akikah di atas, boleh dapatkan borang Penyertaan dari AJK Surau Al-Asmah.
Satu Bahagian RM420.00

Tarikh tutup penyertaan pada 20hb Oktober 2012.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 016-3029077 (Sdr Rahim Hamed) atau 013-3503573 (Hj. Bakri)

 

Wednesday, September 12, 2012

JADUAL KULIAH AGAMA SURAU AL-ASMAH TMN SRI JELOK KAJANG

BULAN:SEPT 2012
TARIKH USTAZ JEMPUTAN WAKTU KULIAH PEMBELAJARAN
9/2/2012 USTAZ KAMARUDDIN KULIAH MAGHRIB PENGAJIAN UMUM
9/3/2012 USTAZ TN.HJ.HUSIN KULIAH MAGHRIB PENGAJIAN AL-QURAN
9/5/2012 USTAZ HUZAIFAH KULIAH MAGHRIB CERAMAH UMUM
9/7/2012 USTAZ TN.HJ.IBRAHIM KULIAH MAGHRIB PENGAJIAN TAUHID
9/10/2012 USTAZ TN.HJ.HUSIN KULIAH MAGHRIB PENGAJIAN AL-QURAN
9/12/2012 USTAZ SYED MOHD ANAS KULIAH MAGHRIB TAFSIRAN AL-QURAN
14/9/2012 USTAZ SYED FARIS KULIAH MAGHRIB MUKJIZAT SAINTIFIK
16/9/2012 USTAZ TN.HJ.AHMAD SAHIBUL KULIAH MAGHRIB TAFSIRAN AL-QURAN
17/9/2012 USTAZ TN.HJ.HUSIN KULIAH MAGHRIB PENGAJIAN AL-QURAN
19/9/2012 USTAZ AFIQ KULIAH MAGHRIB TAFSIRAN HADITH
23/9/2012 USTAZ TN.HJ.ABDULLAH MAN KULIAH SUBUH KITAB BAHRUL MAZI
23/9/2012 USTAZ TN.HJ.IBRAHIM KULIAH MAGHRIB KITAB BAHRU AL-MADZI
24/9/2012 USTAZ TN.HJ.HUSIN KULIAH MAGHRIB PENGAJIAN AL-QURAN
26/9/2012 USTAZ SYED SHAHRIDZAN KULIAH MAGHRIB KITAB RAYADUSSOLIHIN
28/9/2012 USTAZ MEJAR TN.HJ.DAUD KULIAH MAGHRIB AL-QURAN DAN HADITH
28/9/2012 KULIAH REMAJA LEPAS ISHAK CERAMAH UMUM
30/9/2012 USTAZ TN.HJ.ABDULLAH MAN KULIAH SUBUH KITAB BAHRUL MAZI

Monday, September 3, 2012

MENCURI ATAU HANYA PROVOKASI?

Sewaktu penulis sedang mengarang untuk laporan mengenai Majlis Jamuan Raya, pada jam 7:54 pagi ini, sekali lagi penulis dikejutkan dengan perkara mengenai peti besi Surau. Kali kedua peti besi tersebut diterbalikkan dalam tempoh tidak sampai 1 minggu. Apakah duit dalam peti besi itu benar-benar diambil atau pengkhianat hanya membuat provokasi untuk melihat tindakkan pihak Surau?

Setakat pagi ini, penulis difahamkan oleh Setiausaha Surau bahawa, Ketua Biro Penyelenggaraan sedang membuat laporan polis mengenai kejadian kali kedua ini. Apa tindakkan polis seterusnya? Apakah pihak polis akan mengambil tindakkan dengan laporan kali ini? Bagaimana pula keputusan mengenai laporan pihak Surau mengenai kejadian pintu bilik imam dipecahkan dan peti besi dialihkan sebelum ini? Mungkin juga laporan itu hanya akan menjadi angka statistik pihak polis tanpa tindakkan seperti laporan-laporan sebelum ini.

Justeru itu, menurut penganalisa jenayah terkenal (En. Kamal), kita tidak harus mengharapkan sepenuhnya pihak polis bagi menangani jenayah. Penulis setuju dengan pendapat itu, lebih-lebih lagi anggota polis masih kurang, dan terlalu banyak aktiviti yang lebih penting yang perlu perkhidmatan polis seperti, menyiasat kes demontrasi dan ceramah politik. Oleh itu, apa tindakkan pihak Surau?

Ada yang merancang untuk mengadakan kumpulan sukarela untuk membuat rodaan di Surau dari pukul 12 malam hingga 4 pagi. Ada yang cadang buatkan pintu gril sekeliling Surau. Ada yang setuju pasang CCTV mcm penulis cadangkan. Tapi itu semua cadangan, yang kita tunggu sekarang ini adalah tindakkan yang perlu diambil.