Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Monday, September 3, 2012

MENCURI ATAU HANYA PROVOKASI?

Sewaktu penulis sedang mengarang untuk laporan mengenai Majlis Jamuan Raya, pada jam 7:54 pagi ini, sekali lagi penulis dikejutkan dengan perkara mengenai peti besi Surau. Kali kedua peti besi tersebut diterbalikkan dalam tempoh tidak sampai 1 minggu. Apakah duit dalam peti besi itu benar-benar diambil atau pengkhianat hanya membuat provokasi untuk melihat tindakkan pihak Surau?

Setakat pagi ini, penulis difahamkan oleh Setiausaha Surau bahawa, Ketua Biro Penyelenggaraan sedang membuat laporan polis mengenai kejadian kali kedua ini. Apa tindakkan polis seterusnya? Apakah pihak polis akan mengambil tindakkan dengan laporan kali ini? Bagaimana pula keputusan mengenai laporan pihak Surau mengenai kejadian pintu bilik imam dipecahkan dan peti besi dialihkan sebelum ini? Mungkin juga laporan itu hanya akan menjadi angka statistik pihak polis tanpa tindakkan seperti laporan-laporan sebelum ini.

Justeru itu, menurut penganalisa jenayah terkenal (En. Kamal), kita tidak harus mengharapkan sepenuhnya pihak polis bagi menangani jenayah. Penulis setuju dengan pendapat itu, lebih-lebih lagi anggota polis masih kurang, dan terlalu banyak aktiviti yang lebih penting yang perlu perkhidmatan polis seperti, menyiasat kes demontrasi dan ceramah politik. Oleh itu, apa tindakkan pihak Surau?

Ada yang merancang untuk mengadakan kumpulan sukarela untuk membuat rodaan di Surau dari pukul 12 malam hingga 4 pagi. Ada yang cadang buatkan pintu gril sekeliling Surau. Ada yang setuju pasang CCTV mcm penulis cadangkan. Tapi itu semua cadangan, yang kita tunggu sekarang ini adalah tindakkan yang perlu diambil.

No comments:

Post a Comment