Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Wednesday, August 29, 2012

KENAPA NAK AMBIL DUIT SURAU??

Terkejut penulis pagi ini apabila ingin membeli juadah untuk sarapan, namun disapa oleh penjual dengan khabar berita tidak baik mengenai Surau kita. Sekali lagi makhluk durjana cuba mengambil duit dari Surau. Peti besi telah diterbalikkan. Dengar cerita (belum ada kepastian) pintu pejabat baru (pejabat pengerusi & SU) juga cuba diumpil untuk dibuka. Apa punya manusia ni?
Amat jelas manusia ini jika berpuasa pada Ramadhan yang lalu, tidak mendapat Ramadhan yang mabrur seperti yang Ustaz-ustaz nyatakan dalam tazkirah Ramadhan. Tiada sifat taqwa pada manusia tersebut sehingga sanggup untuk mengambil duit surau yang diderma oleh para qariah. Penulis malas untuk mengupas lanjut mengenai perkara ini kerana apakah diri ini juga memperoleh Ramadhan yang mabrur?

YA ALLAH AKU MOHON PADA MU KEAMPUNAN DENGAN SESUNGGUH KEAMPUNAN. KURNIAKAN AKU DAN KELUARGAKU RAMADHAN MABRUR.

Sepanjang tahun ini kalau tak silap penulis, telah 3 (tiga) kali musibah telah berlaku di Surau kita ini. Mujur segalanya tidak mencacatkan perjalanan aktiviti Surau. Namun kita mesti mengambil tindakkan segera agar perkara ini tidak berlaku sekerap ini. Apa yang penulis terfikir, mungkin telah tiba masa Surau memasang CCTV di surau kita. Apa pendapat anda?

No comments:

Post a Comment