Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Tuesday, May 31, 2011

RUMAH ANAK YATIM DAN HIDAYAH AT-TAQWA

Tanggal 30hb Mei 2011, rombongan wakil dari jemaah wanita Surau Al-Asmah menjejakkan kaki mereka ke kediaman sementara pelajar-pelajar Rumah Anak Yatim dan Hidayah At-Taqwa. Jemaah merupakan kaum ibu yang menghadiri kelas mengaji setiap petang Khamis di Surau Al-Asmah. Atas daya usaha Ustazah Azizah (pengajar kelas mengaji), kaum ibu ini telah meluangkan masa mereka untuk  menziarahi adik-adik yang ditimpa musibah tersebut.
Rombongan sampai di Azwien Resort dimana lokasi sementara bagi mangsa tanah runtuh. Setiba di sana ahli rombongan disambut oleh En Ahmad Nasfu salah seorang penyelia Rumah Anak Yatim dan Hidayah At-Taqwa. En. Ahmad memberi taklimat dan penerangan mengenai peristiwa yang terjadi dan langkah-langkah yang diambil selepas peristiwa tersebut. Untuk makluman, sewaktu lawatan ini semua pelajar At-Taqwa sedang bercuti bersama penjaga masing-masing, oleh itu rombongan tidak berkesempatan berjumpa mereka.
Menurut En. Ahmad telah menjadi jadual harian anak-anak di situ menjalankan tugas yang telah sedia diagihkan, seperti membasuh pinggan cawan selepas makan, membersihkan dewan dan sebagainya. Di hari kejadian, pelajar yang tidak bertugas, berkumpul di khemah sebelah banguan sekolah untuk membuat latihan persembahan sempena ketibaan rombongan dari FINAS. En Ahmad berkata sewaktu kejadian, beliau masih berada di dewan makan kerana baru saja selesai makan tengahari. Kedengaran dentuman yang kuat dan beliau hanya ketahui terdapat anak-anak yang tertimbus di bawah timbunan tanah yang runtuh selepas bunyi dentuman itu dari beberapa anak-anak yang berlari menyelamatkan diri.
Bermula dari situ, maka gerak kerja menyelamat bermula. Dengan waktu yang singkat, telah ramai penduduk memberi bantuan segera setakat terdaya. Menurut En. Ahmad kedengaran suara anak-anak meminta pertolongan, dan suara itu semakin perlahan sewaktu menanti bantuan sampai.
Rumah Anak Yatim dan Hidayah At-Taqwa sebenarnya sebuah organisasi yang telah mendaftar bukan seperti yang dilapurkan. Mereka, menurut En Ahmad, telah lama mendaftar dengan Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia.

Antara ahli rombongan yang diketuai oleh Ustazah Azizah (kurung biru)


Penyampaian sumbangan ahli rombongan oleh Ustazah Azizah kepada En Ahmad


Sumbangan makanan ringan untuk anak-anak At-Taqwa
 Sumbangan terus kepada At-Taqwa amat dialu-alukan kerana banyak keperluan yang perlu disediakan sekembali anak-anak dari cuti persekolahan nanti. Nasihat penulis agar semua sumbangan hendaklah terus diserahkan kepada pihak At-Taqwa agar tiada yang mengambil kesempatan atas musibah yang menimpa anak-anak ini.
Seperkara lagi yang ahli rombongan tidak dapat lupakan ialah apa diceritakan oleh  En. Ahmad mengenai kejadian disebalik tragedi yang berlaku. Sepanjang operasi menyelamat dijalankan, sekitar tapak kejadian sentiasa diselubungi dengan bauan yang harum. Ini diakui sendiri oleh semua warga penyelamat yang terlibat. InsyaAllah, semoga mereka semua yang terkorban tergolong dalam golongan mereka yang syahid, seperti yang dinyatakan oleh Mufti Negeri Selangor. Aminnnnn

How To Know It's STROKE? (Bagaimana Nak Ketahui Itu Serangan ANGIN AHMAR?)

Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue
 
I will continue to forward this every time it comes around!

STROKE: Remember the 1st Three Letters.. S. T. R.

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a woman stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Jane went about enjoying herself the rest of the evening

Jane's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital -
(at 6:00 pm Jane passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Jane would be with us today. Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead.


It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally . He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S * Ask the individual to SMILE.
T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today.)
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency numberimmediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other , that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.   
 
p/s penulis tidak terjemah artikel ini kerana khuatir hilang maksud sebenar ayat-ayat di atas.
 
 

Sunday, May 29, 2011

JADUAL KULIAH JUN 2011

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
    1
Kuliah Maghrib Ust. Hj Abdul Muin
(Al-Quran & Hadith)
2
Bacaan Yasin
&
Tahlil
3
Kuliah Maghrib Ust Hj. Ibrahim
(Kitab Bahrul Madzi)
4 5
Kuliah Maghrib Ust. Hj. Imam Sufaat
(Umum)
6
Kuliah Maghrib Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
7 8
Kuliah Maghrib Ust Mohd Fazri
(Umum)
9
Bacaan Yasin
&
Tahlil
10
Kuliah Maghrib Ust Syed Fariz
(Umum)
11 12
13
Kuliah Maghrib Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
14 15
Kuliah Maghrib Ust. Hj Abdul Muin
(Al-Quran & Hadith)
16
Bacaan Yasin
&
Tahlil
17 18 19
Kuliah Maghrib Ust. Hj Ahmad Sahibul
(Terjemahan Al-Quran)
20
Kuliah Maghrib Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
21 22 23
Bacaan Yasin
&
Tahlil
24
Kuliah Maghrib Ust Hj. Major Daud
(Umum)

Kuliah Remaja
Selepas Isyak
25
Selepas Maghrib
Ceramah Umum
Sambutan Israk & Mikraj
26
Kuliah Subuh Ust. Hj Abdullah Man
(Kitab Bahrul Madzi)

Kuliah Maghrib Ust Hj. Ibrahim
(Pengajian Tauhid)
27
Kuliah Maghrib Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
28
Kuliah Magrib Ust Syed Shahridzan
(Kitab Rayadussolihin)
29 30
Bacaan Yasin
&
Tahlil
     

Wednesday, May 25, 2011

LAMBAIAN KAABAH

Alhamdulillah, pada jam 3 pagi tadi, bergeraklah sebuah kapalterbang yang membawa sejumlah jemaah Surau Al-Asmah ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Penulis berkesempatan bersama-sama jemaah yang lain mengaminkan doa yang dibacakan oleh Tuan Imam Surau Al-Asmah bagi mengiringi pemergian mereka.
Para peserta umrah yang dipimpin oleh Hj Zain, berkumpul di Surau Al-Asmah pada jam 9:30 malam  sebelum berangkat ke KLIA. Lebih kurang 20 orang jemaah lelaki dan perempuan mengiringi para peserta ke kenderaan masing-masing. Para peserta umrah kali ini (seingatan penulis) terdiri :
  1. Hj Rosly Ismail & Isteri
  2. Hj Jalil Yaa'cob (isteri, anak & mertua)
  3. En Hassan Ramli & Isteri
  4. En Yunus (isteri, anak & mertua)
  5. Isteri Sdr Zahari
Sama-samalah kita mendokan mereka semua selamat pergi, permudahkan perjalanan dan kerja-kerja umrah serta selamat kembali semula ke kediaman masing-masing. Moga Allah memberkati doa kita bersama serta memberi jua kita peluang untuk menjadi tetamuNya. Aminnn.

Monday, May 23, 2011

`SAYA TARIK TANGAN ADIK'

‘Saya tarik tangan adik’
SYAHDU...jenazah tujuh korban tanah runtuh disembahyangkan  di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat.
SYAHDU...jenazah tujuh korban tanah runtuh disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat.
SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.
“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.”
Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.

Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.

ehsan Harian Metro Online.

Tragedi di Semungkis

Petang Sabtu, 21hb Mei 2011, rakyat seluruh Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa. Kali ini, nyawa anak-anak yatim yang kecil menjadi korban. Mangsa merupakan penghuni dan juga sukarelawan di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa Batu 14, Hulu Langat. Penulis merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa. Menurut Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, orsng Islam yang meemui ajal secara tragis dikategorikan sebagai syahid. Al-Fatihah untuk semua mangsa.
Terima kasih dan sekalong tahniah penulis ucapkan kepada AJK Surau Al-Asmah dan semua jemaah kerana sudi mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan kerja-kerja pencarian.
Lakaran tempat kejadian
Kecerunan yang curam dikatakan antara sebab runtuhan tanah berlaku


Mangsa dibawa keluar dri tempat kejadian

Ada diantara mangsa terpaksa dipotong kaki di tempat kejadian demi menyelamatkan nyawa mereka



Para pegawai perubatan memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa di bawa ke hospital

Sukarelawan memberi bantuan seberapa segera yang boleh untuk menyelamatkan mangsa walaupun ada diantara mereka yang tidak lagi bernyawa

Hanya Allah sahaja yang membalas jasa sukarelawan yang membantu

Jenazah di sembahyangkan di Masjid Hishamudin Alam Shah, Pekan Batu 14 dan dilaporkan lebih 500 jemaah  menjalankan solat jenazah keatas mangsa tanah runtuh di Semungkis

Salah seorang mangsa yang menerima rawatan di Hospital Ampang


Antara pemimpin masyarakat yang menziarah dan menghulur sumbangan bantuan kepada mangsa tanah runtuh

Thursday, May 19, 2011

Kuliah Maghrib 18 Mei 2011

Bertemu kita lagi dlam ulasan siri kuliah di Surau Al-Asmah. Sesungguhnya penulis rasa bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk hadir walaupun agak lewat atas kekangan tugasan pejabat. Syabas juga penulis ucapkan kepada para jemaah yang terus istiqamah untuk memeriahkan majlis kuliah yang telah disusun oleh Biro Dakwah.
 Kuliah kali ini dipimpin oleh Ustaz Abdul Muin. Kesempatan yang ada beliau mengupas Kitab Allah iaitu surah Al-Imran ayat 133-135. Firman Allah di surah Al-Imran ayat 133-135 bermaksud :
"133 : Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa.
134: (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan).
135: Dan orang yang apabila mereka (tergelincir) melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri, mereka (akan) ingat kepada Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dengan apa yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui."

Ayat 133, menurut Ustaz Abdul Muin, Allah menyuruh hambanya berlumba-lumba mendapatkan keampunanNya demi mendapat balasan syurga Allah yang seluas langit dan bumi. Dimana syurga itu disediakan untuk orang yang bertaqwa. Ayat seterusnya menjelaskan kriteria hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Terdapat 4 sifat atau kriteria orang yang bertaqwa :
  1. Mereka yang sedia menafkahkan harta sewaktu senang dan susah.
  2. Orang boleh menahan perasaan marah
  3. Mereka yang sentiasa memaafkan kesalahan manusia lain
  4. Dan mereka yang suka melakukan perkara yang baik
Menurut cerita Ustaz Abdul Muin, para sahabat apabila sahaja ayat ini diturunkan, maka meraka segera berlumba-lumba untuk mendapat ganjaran syurga yang Allah janjikan itu. Dari cerita tersebut menjelaskan tentang ketaqwaan para sahabat kepada Allah, yang mana jika dibandingkan dengan keadaan kita sekarang ini terlalu jauh perbezaannya.
Seorang sahabat mempunyai kebun yang banyak mendatangkan hasil / rezeki. Namun atas sifat ketaqwaannya, beliau sanggup menafkahkan kebunnya itu tanpa rasa kerugian kerana itu semua hanya duniawi. Apakah kita sanggup sedekahkan harta kita yang mendatangkan hasil?????
Seorang hamba telah terjatuh dulang makanan yang panas dihadapan tuannya iaitu seorang Khalifah dan terkena akan kaki Khalifah tersebut. Apabila hamba itu membacakan ayat dalam surah Al-Imran tersebut, maka Khalifah itu segera menahan perasaan marahnya, memaafkan hambanya itu dan dengan segera membebaskan hambanya itu. Apakah kita sanggup bertindak demikian sekiranya berlaku kepada kita?? Bukan terhadap orang gaji kita, malah terhadap anak kandung kita sendiri??
Demikian la contoh yang dapat penulis catatkan. Banyak lagi contoh yang telah Ustaz Abdul Muin beri, namun cukup la 2 ini untuk kita muhasabah diri, apakah kita benar-benar sebagai orang yang bertaqwa?

Wallahualam.
Yang baik itu datangnya dari Allah jua.

Monday, May 16, 2011

Kuliah Maghrib 13 Mei 2011

Alhamdulillah, penulis berkesempatan untuk hadir kuliah maghrib Surau Al-Asmah pada hari 13hb  yang lalu, walaupun agak lewat. Syukur juga kepada Allah, kerana walau pun sebahagian surau tiada bekalan elektrik, namun sifat tawaduq pada jemaah, kuliah masih juga dapat diteruskan. Begini la contoh maksud ayat seribu dinar yang dikupaskan pada kuliah yang lalu. Sekiranya kita bertaqwa dan tawakkal kepada Allah, nescaya akan diberiNya jalan penyelesaian tanpa kita duga.Penulis tidak mahu mengupas lenjut tentang ayat seribu dinar ini kerana ia telah diperkatakan sebelumnya.
Berbalik semula kepada kuliah yang disampaikan oleh ustaz muda Ustaz Syed Fariz mengenai NIAT. Segala amalan yang dilakukan berpandukan kepada niat :
  1. Sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebaikkan, maka dicatat untuknya pahala niat kebaikan itu. Walaupun hamba tersebut tidak dapat melakukan kebaikan seperti diniatkan, pahala niat tersebut masih diperolehinya. Sekiranya beliau melakukan kebaikkan tersebut, maka akan mendapat balasan pahala dari Allah.
  2. Sebaliknya jika hamba tersebut berniat untuk melakukan kejahatan / kemungkaran, tiada dicatatkan apa-apa atas niat tersebut melainkan hamba itu melakukan kejahatan / kemungkaran yang diniatkan maka tercatatlah dosa atas perbuatannya.
Kedua-dua perkara diatas sering kita dengar dalam mana-mana kuliah atau pelajaran agama. Namun penerangan lanjut Ustaz Fariz menyatakan :
  1. Jika seseorang itu berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak jadi melakukan kerana takut akan balasan dari Allah, atau dengan kata lain, menjelma keimanan di hatinya, maka hamba tersebut mendapat catatan pahala. Ini kerana, beliau tidak melakukan kemungkaran kerana ingat kepada Allah.
  2. Namun sekiranya seseorang itu berniat melakukan kemungkaran, tetapi tidak dapat menunaikan niat tersebut atas sebab lain selain keimanan, maka tetap tercatat dosa melakukan kecurian kepadanya. Contoh, seseorang berniat untuk mencuri tetapi tidak melakukannya kerana ada polis yang meronda, maka hamba tersebut tetap mendapat catatan kecurian tersebut.
Dalam kehidupan harian, kita juga perlu berhati-hati dalam niat kita untuk melakukan sesuatu. Terdapat beberapa perkara yang asalnya halal, namun atas niat kita maka perkara tersebut menjadi haram. Contoh yang diberikan oleh Ust Fariz :
  1. Air yang kita minum adalah halal (cth air mineral, sirap dll) namun kita niat sewaktu minum sebagai arak, maka hukumnya haram minum air tersebut.
Wallahualam.
Setakat ini yang penulis dapat tuliskun untuk bacaan dan fahaman kita bersama.
Penulis mengalu-alukan komen dari pembaca.

Saturday, May 14, 2011

JADUAL KULIAH SURAU AL-ASMAH MEI 2011

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
1
Kuliah Maghrib
Ust. Hj. Imam Sufaat
(Umum)
2
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
3 4
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Abdul Muin
(Al-Quran & Hadith)
5
Bacaan Yassin
& Tahlil
6
Kuliah Maghrib
Ust Hj. Ibrahim
(Kitab Bahrul Madzi)
7 8
9
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
10 11
Kuliah Maghrib
Ust Mohd Fazri
(Umum)
12
Bacaan Yassin
& Tahlil
13
Kuliah Maghrib
Ust Syed Fariz
(Umum)
14 15
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Ahmad Sahibul
(Terjemahan Al-Quran)
16
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
17 18
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Abdul Muin
(Al-Quran & Hadith)
19
Bacaan Yassin
& Tahlil
20 21 22
Kuliah Subuh
Ust. Hj Abdullah Man
(Kitab Bahrul Madzi)
23
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
24
Kuliah Magrib
Ust Syed Shahridzan
(Kitab Rayadussolihin)
25 26
Bacaan Yassin
& Tahlil
27
Kuliah Maghrib
Ust Hj. Major Daud
(Umum)

Kuliah Remaja Selepas Isyak
28 29
Kuliah Subuh
Ust. Hj Abdullah Man
(Kitab Bahrul Madzi)
30
Kuliah Maghrib
Ust. Hj Husin
(Pengajian Al-Quran)
31

Sunday, May 8, 2011

PETIKAN KHUTBAH 6 MAY 2011

Islam amat menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki sebagai memenuhi tuntutan dan tanggungjawab kehidupan di dunia ini.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat ke 105. Maksudnya ;
Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.

Pekerjaan itu sendiri sebenarnya merupakan suatu ibadat yang akan dihitung oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Firman-Nya di dalam surah Az-Zalzalah ayat ke 7 – 8 Maksudnya;
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.

Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini pasti tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah SWT. Mereka akan dipersoalkan satu demi satu sehingga jelaslah semua pekerjaan yang mereka lakukan di dunia ini. Sekiranya mereka melakukan pekerjaan yang baik lagi halal maka akan berbahagialah mereka di hari perhitungan kelak. Sebaliknya bagi mereka yang melakukan pekerjaan jahat dan haram maka keadaan mereka akan menjadi hina dan tercela pada hari tersebut.

Syariat Islam telah membahagikan jenis pekerjaan kepada dua bahagian iaitu pekerjaan yang halal dan pekerjaan yang haram. Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, bahawa perkara yang halal itu ialah setiap perkara yang diharuskan dan diberi keizinan oleh syarak untuk melakukannya. Manakala perkara yang haram pula ialah yang ditegah oleh syarak sekira-kira ia akan mendapat balasan buruk di akhirat, bahkan ada kalanya di dunia ini lagi.

Sememangnya sesuatu pekerjaan itu sama ada halal atau haram, selagi mana ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan mendatangkan hasil yang lumayan. Bahkan tidak dinafikan juga, dalam keadaan ekonomi pada hari ini yang masih tidak stabil, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang ringgit dan harta kekayaan. Namun sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya memikirkan tentang dosa dan pahala serta kesan buruk akibat daripada sikap tidak berhati-hati memilih sesuatu pekerjaan.

Janganlah kita hanya memikirkan keuntungan dunia samata-mata, sedangkan pada hakikatnya keuntungan yang kita perolehi itu tidak membawa sebarang keberkatan bahkan sebaliknya akan mendatangkan bencana pula di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda Bermaksud:
Akan datang suatu zaman ke atas umatku di mana seseorang itu tidak peduli dari usaha apakah harta yang dimilikinya itu sama ada secara halal atau pun haram”.

Allah SWT tidak akan melepaskan hamba-Nya daripada siksaan di hari akhirat kelak sekiranya harta benda yang dimilikinya ketika di dunia diusahakan daripada pekerjaan yang tidak halal. Oleh kerana itu, sebagai seorang yang beriman kita tidak seharusnya melakukan pekerjaan di premis-premis arak, judi, pelacuran dan sebagainya yang salah di sisi syariat. Bekerja di premis-premis seperti ini hanya akan mendatangkan sumber pendapatan yang tidak mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. Hasil usaha yang tiada keberkatannya ini sudah pasti akan memberikan banyak kesan buruk di dalam kehidupan kita sama ada di dunia ini mahupun di akhirat nanti.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
”Setiap daging yang tumbuh dari pekerjaan yang haram, maka
neraka itu lebih utama baginya”.

Oleh kerana pekerjaan yang halal dan baik itu merupakan suatu ibadat, maka Allah SWT telah menyediakan beberapa ganjaran kebaikan kepada umatnya. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai suatu dorongan kepada umat Islam agar memilih pekerjaan yang halal dan diredhai oleh Allah SWT.
Antaranya ;
  1. Kita akan mendapat penghidupan yang baik dan diberkati oleh Allah SWT.
  2. Kita juga akan diberikan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT apabila bertemu dengan-Nya di hari akhirat kelak.
  3. Ganjaran besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik ialah penghidupan di syurga beserta rezeki yang melimpah-ruah.
Demikianlah beberapa ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada umat Islam apabila mereka melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik dan menjauhi pekerjaan-pekerjaan yang dilarang oleh syariat Islam di dunia ini.

Sekalipun pekerjaan yang tidak halal ini menyediakan ganjaran dunia yang amat
lumayan, namun kita sebagai umat Islam hendaklah menyedari bahawa ganjaran
yang disediakan oleh Allah SWT itulah yang kekal abadi.
Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang umatnya memiliki harta kekayaan. Malahan mereka amat digalakkan untuk mencari kekayaan dengan pekerjaan yang halal. Apatah lagi sekiranya harta kekayaannya itu digunakan pada perkara-perkara kebaikan seperti zakat, infaq, wakaf, bersedekah, menolong umat Islam yang lain, menafkahkannya pada jalan Allah dan lain-lain lagi.

Oleh kerana itu, untuk mendapatkan kekayaan, umat Islam mestilah berusaha dan bekerja. Manakala pekerjaan yang dipilih itu pula mestilah pekerjaan yang halal agar kekayaan yang bakal dimiliki akan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.


Wednesday, May 4, 2011

TAWAKKAL

Alhamdulillah, sekali lagi penulis berpeluang menghadiri siri kuliah maghrib di Surau Al-Asmah bersama-sama ahli qariah yang setia. Hari ini, giliran Ustaz Moin menyampaikan pesanan mengenai takwa dan tawakkal.
Menurut ulasan Ustaz Moin, rezeki yang diberikan Allah bukan sepenuhnya kerana usaha kita, akan tetapi sebenarnya atas berkat takwa kita kepada Allah. Usaha itu adalah perkara kedua dalam mendapat rezeki dari Allah. Beliau memberikan contoh kisah 7 pemuda yang tidur didalam gua selama beberapa tahun dalam Surah Al-Kahfi. Menurut Ustaz Moin, Allah memberikan rezeki kepada mereka untuk tidur bagi jangka waktu yang lama tanpa rasa lapar dan dahaga. Malah mereka bangun juga tanpa rasa penat atau letih atas sebab tidur. Tiada usaha yang dilakukan oleh 7 pemuda itu namun Allah memberikan rezeki kepada mereka kerana sifat takwa kepada Allah tanpa berbelah bagi.
Begitu juga contoh kedua, Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim. Apabila, Siti Hajar mengetahui suaminya, Nabi Ibrahim, akan meninggalkan beliau di tengah padang pasir atas perintah Allah, maka Siti Hajar redha dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dengan sifat takwa itulah maka Allah memberikan rezeki kepada Siti Hajar dengan air zam-zam yang kita juga dapat merasainya.
Penulis tertarik cerita tentang takwa ini bila Ustaz Moin kaitkan dengan ayat seribu dinar. Ayat ini memang popular dikalangan kita. Ramai yang menggantung tulisan ayat seribu dinar di rumah dan tempat perniagaan kononnya akan mendapat rezeki dari Allah.
Tetapi, Ustaz Moin nyatakan tentang maksud ayat seribu dinar itu.
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan  baginya jalan keluar dari malapetaka di dunia dan akhirat. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya"
Ini bermaksud, mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah yang akan mendapat bantuan dari Allah keluar dari masalah yang dihadapi. Dan mereka yang bertakwa jugalah yang akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah. Oleh itu, kita perlu perbetulkan kepercayaan kita kepada ayat tersebut. Hanya takwa yang sebenar-benarnya kepada Allah akan membantu kita keluar dari masalah yang dihadapi serta mendapat rezeki dariNya

Wallahualam.
Moga Allah ampuni penulis kiranya ada kesilapan.