Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Tuesday, May 31, 2011

RUMAH ANAK YATIM DAN HIDAYAH AT-TAQWA

Tanggal 30hb Mei 2011, rombongan wakil dari jemaah wanita Surau Al-Asmah menjejakkan kaki mereka ke kediaman sementara pelajar-pelajar Rumah Anak Yatim dan Hidayah At-Taqwa. Jemaah merupakan kaum ibu yang menghadiri kelas mengaji setiap petang Khamis di Surau Al-Asmah. Atas daya usaha Ustazah Azizah (pengajar kelas mengaji), kaum ibu ini telah meluangkan masa mereka untuk  menziarahi adik-adik yang ditimpa musibah tersebut.
Rombongan sampai di Azwien Resort dimana lokasi sementara bagi mangsa tanah runtuh. Setiba di sana ahli rombongan disambut oleh En Ahmad Nasfu salah seorang penyelia Rumah Anak Yatim dan Hidayah At-Taqwa. En. Ahmad memberi taklimat dan penerangan mengenai peristiwa yang terjadi dan langkah-langkah yang diambil selepas peristiwa tersebut. Untuk makluman, sewaktu lawatan ini semua pelajar At-Taqwa sedang bercuti bersama penjaga masing-masing, oleh itu rombongan tidak berkesempatan berjumpa mereka.
Menurut En. Ahmad telah menjadi jadual harian anak-anak di situ menjalankan tugas yang telah sedia diagihkan, seperti membasuh pinggan cawan selepas makan, membersihkan dewan dan sebagainya. Di hari kejadian, pelajar yang tidak bertugas, berkumpul di khemah sebelah banguan sekolah untuk membuat latihan persembahan sempena ketibaan rombongan dari FINAS. En Ahmad berkata sewaktu kejadian, beliau masih berada di dewan makan kerana baru saja selesai makan tengahari. Kedengaran dentuman yang kuat dan beliau hanya ketahui terdapat anak-anak yang tertimbus di bawah timbunan tanah yang runtuh selepas bunyi dentuman itu dari beberapa anak-anak yang berlari menyelamatkan diri.
Bermula dari situ, maka gerak kerja menyelamat bermula. Dengan waktu yang singkat, telah ramai penduduk memberi bantuan segera setakat terdaya. Menurut En. Ahmad kedengaran suara anak-anak meminta pertolongan, dan suara itu semakin perlahan sewaktu menanti bantuan sampai.
Rumah Anak Yatim dan Hidayah At-Taqwa sebenarnya sebuah organisasi yang telah mendaftar bukan seperti yang dilapurkan. Mereka, menurut En Ahmad, telah lama mendaftar dengan Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia.

Antara ahli rombongan yang diketuai oleh Ustazah Azizah (kurung biru)


Penyampaian sumbangan ahli rombongan oleh Ustazah Azizah kepada En Ahmad


Sumbangan makanan ringan untuk anak-anak At-Taqwa
 Sumbangan terus kepada At-Taqwa amat dialu-alukan kerana banyak keperluan yang perlu disediakan sekembali anak-anak dari cuti persekolahan nanti. Nasihat penulis agar semua sumbangan hendaklah terus diserahkan kepada pihak At-Taqwa agar tiada yang mengambil kesempatan atas musibah yang menimpa anak-anak ini.
Seperkara lagi yang ahli rombongan tidak dapat lupakan ialah apa diceritakan oleh  En. Ahmad mengenai kejadian disebalik tragedi yang berlaku. Sepanjang operasi menyelamat dijalankan, sekitar tapak kejadian sentiasa diselubungi dengan bauan yang harum. Ini diakui sendiri oleh semua warga penyelamat yang terlibat. InsyaAllah, semoga mereka semua yang terkorban tergolong dalam golongan mereka yang syahid, seperti yang dinyatakan oleh Mufti Negeri Selangor. Aminnnnn

No comments:

Post a Comment