Islamic Widget

DANA PEMBANGUNAN SURAU

Kos penyelenggaraan surau disarankan agar dikongsi bersama dengan para jemaah. Oleh itu tuan / puan yang berhajat untuk membantu, bolehlah menyalurkan bantuan kepada mana-mana AJK surau atau melalui akaun Jawatankuasa Tadbir Surau Al-Asmah : Bank Muamalat Malaysia Berhad 12070001065710

Monday, May 16, 2011

Kuliah Maghrib 13 Mei 2011

Alhamdulillah, penulis berkesempatan untuk hadir kuliah maghrib Surau Al-Asmah pada hari 13hb  yang lalu, walaupun agak lewat. Syukur juga kepada Allah, kerana walau pun sebahagian surau tiada bekalan elektrik, namun sifat tawaduq pada jemaah, kuliah masih juga dapat diteruskan. Begini la contoh maksud ayat seribu dinar yang dikupaskan pada kuliah yang lalu. Sekiranya kita bertaqwa dan tawakkal kepada Allah, nescaya akan diberiNya jalan penyelesaian tanpa kita duga.Penulis tidak mahu mengupas lenjut tentang ayat seribu dinar ini kerana ia telah diperkatakan sebelumnya.
Berbalik semula kepada kuliah yang disampaikan oleh ustaz muda Ustaz Syed Fariz mengenai NIAT. Segala amalan yang dilakukan berpandukan kepada niat :
  1. Sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebaikkan, maka dicatat untuknya pahala niat kebaikan itu. Walaupun hamba tersebut tidak dapat melakukan kebaikan seperti diniatkan, pahala niat tersebut masih diperolehinya. Sekiranya beliau melakukan kebaikkan tersebut, maka akan mendapat balasan pahala dari Allah.
  2. Sebaliknya jika hamba tersebut berniat untuk melakukan kejahatan / kemungkaran, tiada dicatatkan apa-apa atas niat tersebut melainkan hamba itu melakukan kejahatan / kemungkaran yang diniatkan maka tercatatlah dosa atas perbuatannya.
Kedua-dua perkara diatas sering kita dengar dalam mana-mana kuliah atau pelajaran agama. Namun penerangan lanjut Ustaz Fariz menyatakan :
  1. Jika seseorang itu berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak jadi melakukan kerana takut akan balasan dari Allah, atau dengan kata lain, menjelma keimanan di hatinya, maka hamba tersebut mendapat catatan pahala. Ini kerana, beliau tidak melakukan kemungkaran kerana ingat kepada Allah.
  2. Namun sekiranya seseorang itu berniat melakukan kemungkaran, tetapi tidak dapat menunaikan niat tersebut atas sebab lain selain keimanan, maka tetap tercatat dosa melakukan kecurian kepadanya. Contoh, seseorang berniat untuk mencuri tetapi tidak melakukannya kerana ada polis yang meronda, maka hamba tersebut tetap mendapat catatan kecurian tersebut.
Dalam kehidupan harian, kita juga perlu berhati-hati dalam niat kita untuk melakukan sesuatu. Terdapat beberapa perkara yang asalnya halal, namun atas niat kita maka perkara tersebut menjadi haram. Contoh yang diberikan oleh Ust Fariz :
  1. Air yang kita minum adalah halal (cth air mineral, sirap dll) namun kita niat sewaktu minum sebagai arak, maka hukumnya haram minum air tersebut.
Wallahualam.
Setakat ini yang penulis dapat tuliskun untuk bacaan dan fahaman kita bersama.
Penulis mengalu-alukan komen dari pembaca.

No comments:

Post a Comment