Kuliah kali ini dipimpin oleh Ustaz Abdul Muin. Kesempatan yang ada beliau mengupas Kitab Allah iaitu surah Al-Imran ayat 133-135. Firman Allah di surah Al-Imran ayat 133-135 bermaksud :
"133 : Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa.
134: (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan).
135: Dan orang yang apabila mereka (tergelincir) melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri, mereka (akan) ingat kepada Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dengan apa yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui."
Ayat 133, menurut Ustaz Abdul Muin, Allah menyuruh hambanya berlumba-lumba mendapatkan keampunanNya demi mendapat balasan syurga Allah yang seluas langit dan bumi. Dimana syurga itu disediakan untuk orang yang bertaqwa. Ayat seterusnya menjelaskan kriteria hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Terdapat 4 sifat atau kriteria orang yang bertaqwa :
- Mereka yang sedia menafkahkan harta sewaktu senang dan susah.
- Orang boleh menahan perasaan marah
- Mereka yang sentiasa memaafkan kesalahan manusia lain
- Dan mereka yang suka melakukan perkara yang baik
Seorang sahabat mempunyai kebun yang banyak mendatangkan hasil / rezeki. Namun atas sifat ketaqwaannya, beliau sanggup menafkahkan kebunnya itu tanpa rasa kerugian kerana itu semua hanya duniawi. Apakah kita sanggup sedekahkan harta kita yang mendatangkan hasil?????
Seorang hamba telah terjatuh dulang makanan yang panas dihadapan tuannya iaitu seorang Khalifah dan terkena akan kaki Khalifah tersebut. Apabila hamba itu membacakan ayat dalam surah Al-Imran tersebut, maka Khalifah itu segera menahan perasaan marahnya, memaafkan hambanya itu dan dengan segera membebaskan hambanya itu. Apakah kita sanggup bertindak demikian sekiranya berlaku kepada kita?? Bukan terhadap orang gaji kita, malah terhadap anak kandung kita sendiri??
Demikian la contoh yang dapat penulis catatkan. Banyak lagi contoh yang telah Ustaz Abdul Muin beri, namun cukup la 2 ini untuk kita muhasabah diri, apakah kita benar-benar sebagai orang yang bertaqwa?
Wallahualam.
Yang baik itu datangnya dari Allah jua.
No comments:
Post a Comment